so cari cari recipe kt 'kongsi recipe' byk sgt sgt ok, tggl nk pilih jer recipe mna yg u ols nk. end up jd lah spt ini. woot! woot! chocolate dia heaven sgt! haih, rasanya lps ni jgn tnya knpa kalau tiba2 mak jd belon nyah! awww.. x koser.

Bahan-bahan :
• 125 gm mentega
• 200 gm dark chocolate (coklat block)
• 3 biji telur
• 1 ½ cawan gula kastor
• 1 camca teh esen vanilla
• 1 ½ cawan tepung - diayak
• 1/3 cawan serbuk koko - diayak
• 2 cawan kekacang cincang (pilihan sendiri) - aytu guna chopped walnut
Cara-cara :
1. Panaskan oven 180darjah. Sapu loyang 8"x11" dgn butter & tepung.
2. Masak mentega + cokelat dgn kaedah double-boiler smpai cair. Masukkan gula kastor, kacau rata. Angkat magkuk dari air mendidih.
3. Tambahkan telur sebiji demi sebiji sambil kacau rata. Tambahkan esen vanilla dan kacau lagi.
4. Masukkan tepung + serbuk koko. Kacau rata. Masukkan kekacang dan kacau rata lagi.
6. Tuangkan dalam loyang dan bakar selama 30 minit.
7. Biarkan sejuk sebelum dipotong & dihias dengan topping pilihan.
Topping :
• 1 cawan susu pekat manis
• 50 gm serbuk koko
• 50 gm mentega





1 comments:
wah resipi kek , mahu order 3 ribu brownies boleh?
Post a Comment