Showing posts with label resipi. Show all posts
Showing posts with label resipi. Show all posts

Custard Caremel.


8biji telur

1tin susu ideal

air 1/2 tin

1sudu tepung kastard

esen vanila

2cwn gula

Cara2 :

pukul telur sedikit kembang mskkn susu dan air, pukul sebati.. mskkn tepung kastard + esen vanila, kacau sebati.

sblm tu bt dlu gula hangus - msk gula ats kuali, kacau sehingga cair, dh cair mskkn air 1/2 cwn.

sediakan loyang utk mengukus - 1st mskkn adunan gula hangus td, pastu curah adunan susu td, kukus selama 20min. siap! ;)

santapan ptg smlm, pns kan skrg, lps siap kukus mskkn dlm fridge, biar dia sejuk sikit, pastu sedia utk dihidang! nyummeh nyummeh!!

p/s : bt CC ni pun kejap je, sng jugak. resipi mudah & cpt! ;)


Bread Pudding


kt fb ramai yg nk taw resipi bread puding ni, so here 4 u darlings! try la bt sng sangaaaaaat! ayu ambil resipi ni pun dr aunty nani rustam, btw dia msk wanita hari ini 2hari lps, msk pisang bakar. mcm sedap. harus try.

Bahan-bahan :-

Roti 10 keping (kalau nak sedap sangat, sila guna roti butter seperti gradenia butter scotch atau beli apa sahaja jenis roti butter yang mahal-mahal. dh mahal harus sedapkan. huhu

Susu full cream 2 cawan

whipping cream 2 cawan

gula 1 cawan

telur 6 biji

esen vanila 1tsb

butter 4 tsb

kismis-agak2

serbuk kayu manis.1tsb


Cara-caranya:

Sapu butter pada dasar mangkuk kaserrol. Susun roti di atas. Tuang bancuhan, susu, krim, gula esen vanila, telur yang telah dipukul tadi. Biarkan roti kembang selama sejam. Selepas kembang taburkan kismis dan serbuk kayu manis dan kalau suka sedikit taburan brown sugar. Bakar di oven yang telah dipanaskan selama 10 minit pada suhu 160 darjah celsius.Bakar selama 30 minit

Sos Krim.

Cara-caranya.

Panaskan satu liter susu full cream. Gula mengikut manis. Apabila mendidih masukkan bancuhan tepung jangung mengikut likat. Bubuh 1 sudu esen vanila. Kacau sehingga halus dan likat. Angkat. Sejukkan.

dah siap! ayu tmbh strawberry sbg hiasan, alya nk mkn tp mesti ada strawberry. so untukmu sayang!

bread pudding with cream souce. ;)


Triffle Strawberry

apesal ntah semejak 2 menjak ni asik nk makan jer, kalau ptg2 tuh x ada benda yg blh dikunyah2 mcm x sah jer, ape kesss? tp motif nk bg alya memok mcm teddy bear pun iye gak, sdp peyokk! cam biase kalau ade yg nk try bt, sile sileee lah bt. dessert plg mudah! yg ni ayu x uplod kt fb, kang ade plk yg nyampah ayu ni x habis2 upload psl makanan jer. huhu.

1) beli swiss roll flav stoberi (x ksh la kalau u guys nk flav lain, ayu suke stoberi)susun la ghupe gitu.

2)bt custard ikut adunan

3)1 cwn tepung custard + 2 1/2 cwn air + 1 cwn gula + 1 cwn susu cair + esen vnila.
masak hingga adunan likat dn pekat.

4)letak ats susunan swiss roll.

5) lepastu letak mix fruit ats custard, susun la apa2 buah yg u guys nak.

6)gunalah mix fruit brand 'ayam brand' lebih konfiden dr brand2 yg lain. huhu, risaulah skrg ni, laici ada lemak pig lah, mushroom pun ada lemak pig jugak dgrnye, haih,mcm2.

sebelum tu pegawai QC nk cek dlu, kot2 ada buah terkurang.

7) masak agar2, pastu curah je ats mix fruits td.

ayu suggest guna agar brand NONA, sng. arahan semua ada. follow je.

8) last bt cream, tp if x letak cream pun x aper, depends. nk bt cream ni guna je whipping cream, pukul smpai kembang letak je ats jelly td.

SIAP!


si baldu merah

finally, yeayy! menjadi! terima kasih sifuuuuuu aka kak long tersayang! dgn muka slumber dan x taw malu gegar rumah kak long minta dia ajarkan bt RV ni. heee!

ooh emmm gee! tekstur mmg mcm baldu!

the process. nti ayu bgtaw 1 by 1, but seriously RV ni mmg agak leceh.

ok nk bgtaw, ayu refer guna artificial colour brand 'star brand' 'COCHINEAL' ni. color cantik, x menakutkan, ada tu merah sgt, smpai nk telan pun gerun.

mskkn adunan dlm paper cup, better guna ice cream scoop, kemas + cepat.

jom bakarrr

ok, dh gemokk gemokk

lastly sblm terlupa, ini cara nk bt cream cheese, u ols campak je semua bhn, then gaul guna mixer smpai kembang.

RED VELVET CAKE
source : Rima

Ingredients
1 1/4 cup sifted flour
1/2 tsp baking powder
1/2 tsp salt
1 tbsp cocoa powder - i used berry callebaut
1 tbsp red colouring - I used 1 1/2 tsp wilton red paste(no taste)
1/4 cup soft unsalted butter - 57g
3/4 cup sugar
1 egg
1/2 tsp vanilla extract
1/2 cup buttermilk - I used 1/2 cup whole milk plus 1/2 tbsp vinegar/lemon
1/2 tsp vinegar - i used heinz distilled white vinegar 5%
1/2 tsp baking soda


Cream cheese frosting

125g cream cheese
50g unsalted butter
110g powdered sugar - i reduced it to 80g
1 cup fresh cream, whipped until stiff - i used double cream

Method
1. Preheat oven to 175 degrees Celsius.
2. In one container, sieve flour, baking powder and salt. Set aside.
3. In a small container, combine cocoa powder and red coloring and stir well until form a paste (I added a little water).
4. Using a stand mixer, beat butter with sugar until light and fluffy. Add the egg, beat until blended. Add the vanilla extract and cocoa powder mixture, beat until well blended.
5. Add in sifted flour and buttermilk alternately. Beginning and ending with flour. (F-M-F-M-F)
6. In a small bowl, combine vinegar and baking soda and add it to ur batter. Stir well with a spatula. Pour into a 6" baking pan and bake it for 50mins or until cooked.
7. Let cool on wire rack.
8. Once cool, slice cake into two and spread cream cheese filling.. top it with the rest of ur cream cheese too... chill for a few hrs..

Cream Cheese frosting:
1. Beat cream cheese with butter until soft.
2. Turn mixer to low speed, add powdered sugar a little at a time. Whisk until well blended.
3. Add whipped cream, stir through with a spatula



a.co donuts!

'A' stand 4 AYU + 'C0' stand 4 COMPANY, so A.CO donuts! bajet j.co lah pula! bahahhaha! donut ni 3hari lps ayu bt, hari ni bru smpt nk hapdet, jom layan gambarrr..

1) doh yg semakin mengembang. mak ckp dh mcm pipi daku, chit!
2) bulat2kan ikut saiz yg u ols suka.

3) bentukkan, ayu guna manual jer, tade penekap. tu yg cam cincai je rupa. hehe! asal ade rupa donut sudeyh.
4)20min slps direhatkan, kombangg lagi.

choc n glazzy topping

DONE, donuts with choc topping

my fav 1! sebiji sejiban mcm glazzy j.co! recipe from mama hanis zalikha, aunty noni rostam.

here 4 the recipe


Chewy Gooey Yummy Brownies!

hri n try bt brownies pulak. disbbkn 'berhantu' sgt dgn brownies walnut SR tiba2 terpk nk try bt, x de la asyik nk labur duit dgn SR je kan, so better bt sendiri, nk mkn smpai muntah pun no problemos!

so cari cari recipe kt 'kongsi recipe' byk sgt sgt ok, tggl nk pilih jer recipe mna yg u ols nk. end up jd lah spt ini. woot! woot! chocolate dia heaven sgt! haih, rasanya lps ni jgn tnya knpa kalau tiba2 mak jd belon nyah! awww.. x koser.



Bahan-bahan :
• 125 gm mentega
• 200 gm dark chocolate (coklat block)
• 3 biji telur
• 1 ½ cawan gula kastor
• 1 camca teh esen vanilla
• 1 ½ cawan tepung - diayak
• 1/3 cawan serbuk koko - diayak
• 2 cawan kekacang cincang (pilihan sendiri) - aytu guna chopped walnut

Cara-cara :
1. Panaskan oven 180darjah. Sapu loyang 8"x11" dgn butter & tepung.
2. Masak mentega + cokelat dgn kaedah double-boiler smpai cair. Masukkan gula kastor, kacau rata. Angkat magkuk dari air mendidih.
3. Tambahkan telur sebiji demi sebiji sambil kacau rata. Tambahkan esen vanilla dan kacau lagi.
4. Masukkan tepung + serbuk koko. Kacau rata. Masukkan kekacang dan kacau rata lagi.
6. Tuangkan dalam loyang dan bakar selama 30 minit.
7. Biarkan sejuk sebelum dipotong & dihias dengan topping pilihan.

Topping :
• 1 cawan susu pekat manis
• 50 gm serbuk koko
• 50 gm mentega



guna apa yg ada.

ptg yg redup ni, tiba2 tekak nk mkn savoury dish. terus kedapur selongkar fridge, tgk apa yg blh di bt mknan. so yg ada daging cincang + cheddar cheese (balance bt cheese cake) & ada roti gardenia yg tersadai dh nk expired, better bt sumtin asal x membazir kan.

meh meh ayu share resipi.

Bahan-bahan
10 keping roti sandwich
100gm mix vegie (dsbbkn x ada ayu guna carrot je)
30gm parutan keju cheddar

Bahan Inti
250gm daging cincang
1/2 labu bawang besar/potong dadu
2 ulas bawang putih/dicincang
1 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar marjerin untuk menumis
1 sudu besar serbuk kari
garam secukup rasa

Adunan Telur
3 biji telur di pukul sedikit
250ml susu cair
1/4 sudu teh garam
1/4 sudu teh serbuk lada sulah
20gm marjerin cair

Cara-cara :
1. Inti : Panaskan marjerin, tumis bawang putih + bawang besar sampai naik bau. Masukkan serbuk kari, gaul rata. Kemudian masukkan daging kisar dan sedikit air, + sedikit garam, biar sehingga daging empuk. Tambahkan tepung gandum, gaul hingga sebati dan kering.

2. Adunan Telur : Satukan telur + marjerin cair + susu cair, kacau hingga rata, masukkan sedikit garam dan lada sulah. Sebatikan.

3. Potong tepi roti. Celup roti ke dalam adunan telur, kemudian masukkan ke dalam acuan yg dh dilenser dgn marjerin.

4. Letak inti daging ditengahnya, tabur dengan sayur campuran dan parutan keju. Kemudian tuang baki adunan telur ke atasnya.

5. Bakar pada suhu 180C selama 20-25 minit

ayu guna acuan ni jer, so u guys kena lenserkan dgn butter + tepung, mcm ni. ;)

roti yg dh dicelup dlm adunan telur td.

daging + carrot + cheese lastly tuang lebihan adunan susu, biar terendam.

siap dibakar! ;)


Blueberry cheese cake!


kalau ckp pasal cheese cake mesti semua ckp susah nk bt kan, actually dia x susah, cuma leceh jer. first nk kena saperate putih & kuning telur, 2nd msk cheese & susu smpai cair (x boleh berketul2) 3rd teknik meringue (pukul putih telur & gula) so 3part ni kna bt btl2, kalau rosak sikit abis x jadi cheese cake u ols.

ok, resipi ni pun ramai yg tnya, so ayu tempek sini, bahan dia sikit jer.

bahan2 :

4/5 cheddar cheese
200ml susu segar
4biji telur
70gm tepung kek / gandum
70gm butter cup
70gm gula halus(gula kastor)
blueberry topping (depends u ols la nk byk mana)

cara2:

1- koyakkan cheese kecik & campur 200ml susu (msk dgn api kecik, kacau selalu, bila dh cair/sebati masukkan butter n tutup api.

2- asingkan telur putih & kuning dlm bekas berlainan. kemudian pukul telur kuning sampai kembang., bila dh kembang masukkan adunan cheese td (1)

3- masukkan tepung sedikit demi sedikit, kacau perlahan, kalau berketul blh tapis.

4- pukul telur putih & gula guna mixer sampai kembang.(meringue)

5- kemudian masukkan adunan meringue kedlm adunan, (kaup balik tepung dan sebatikan)

6- lapik loyang, sapukan dgn butter n tepung, tuang adunan dlm loyang.

7- sebelum tu panaskan oven dgn loyang yg berisi air panas. masukkan dlm oven dan bakar selama 20minit, suhu 170C.


TEKNIK BAKAR : STEAMBATH - GUNA 2 LOYANG, YG LUAR BESAR DAN DIISI AIR. YG DALAM KECIL BERISI ADUNAN CHEESE.

inilah teknik meringue. pukul telur putih & gula sampai kembang. mcm mana nk taw kembang atau x?? bila u ols terbalikkan adunan ni dia x jatuh, nah! itulah meringue.

teknik membakar, STEAMBATH. guna 2loyang, yg luar lebih besar dan berisi air, dlm loyang lebih kecil berisi adunan. kelebihan : cake lebih gebu + halus + moist

tadaaa! dh msk,ayu terbalikkan bwh dia cantik je kan, x ada kerak2 or melekat, so gunakan teknik steambath. ;)

dh siap tu u ols tempek je blueberry topping. kalau nk letak strawberry pun buleh. terpulang. ;)



Baked Mashed Potatoes, its so yummeh!

hello mommiessssss! ayu bg resipi n cara nk bt baked mashed potatoes kt sini je kay! disbbkn ramai yg tanya, so here 4 you!

bahan2 :

800gm ubi kentang(kalau yg besar tu 3biji dh cukup)
1 ulas bawang putih di ketuk2
2 sudu besar marjerin
1/2 cawan susu segar (susu UHT)
1/3 cawan double krim jika suka (xletak pun x apa)
2 sudu teh parsley kering / rosemary (mesti ada)
1/8 sudu teh serbuk lada sulah / serbuk lada hitam

cara2:

1. Kupas ubi kentang & rebus dgn bwg putih smpai empuk. Toskan. Lenyek ubi kentang sampai halus(masa panas)

2. Panaskan susu segar + double krim & marjerin sampai marjerin cair. Masukkan ubi kentang, gaul. mskkn serbuk lada sulah

3. Last masukkan daun parsley, gaul hingga rata.

4. Masukkan 1/2 adunan ubi kentang ke dalam acuan & leser dengan sedikit marjerin, kalau u ols ada piping bag cantik sikit. ;) bahagian atas masukkan adunan kentang dalam piping bag dengan nozzle dan pipe ikut kreativiti. ;p

5. Bakar pada suhu 200C selama 5 minit atau hingga atas keperangan.

5. Dihidang begitu saja atau bersama gravy.


makan dgn gravy lagi sedap kan, nak resipi? jom scroll kebwh!

*

*

*

*

*

*



Gravy

1 1/2 cawan air
2 sudu besar stok ayam (ayu guna kiub aym jer)
1 biji bawang besar
1/2 batang saderi
1 sudu besar marjerin
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar sos tiram
2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu besar kicap pekat
sedikit garam jika perlu

Cara-cara :
1. Cincang bawang besar dan saderi, tumis dengan sedikit minyak hingga naik bau
Kemudian didihkan bersama air dan stok ayam. Angkat dan tapis.

2. Dalam periuk lain, cairkan majerin dan masukkan tepung gandum. Kacau hingga
rata. Masukkan air rebusan sambil di kacau. Perasakan dengan sos tiram, kicap pekat dan serbuk lada hitam.

3. Masak mengikut kepekatan yang sesuai. Stok ayam agak masin, garam dimasukkan jika perlu.


so skrg mari lihat pengkritik tetap ayu menilai baked mashed potatoes ini, ;p




ok, nmpk gayanye pengkritik berpuas hati yer puan2. ;p

ok mommies blh la try, utk baby pun sesuai. ;)


cream puff XL!

wiuuuuuu~ angin rajin sudah kembali! haha.ok skrg mood membaking mcm sudah kembali lah, dh lama tinggalkan mixer, oh oh rinduu..

so hari ni, 1st menu is, CREAM PUFF! (tmbh sikit, cream puff XL!) haha. terbesar sudahh.


see! masa membakar, membesar bagaikan juaraaa! gemok2. suppose kecik2 comel2 jer, tp utk mkn sendiri kan, bkn nk jual, so make it BIG BIGGER BIGGEST la, huahuahua! alya mkn sebijik terus diam, kekenyangan.
*

*

*

*

*

*

*
tadaaaaaaa! siap dah.



nak resipi amek kt cini, sng gilaa nk bt. dlu pun ayu pnh post. ;) yg ni cantik sikit, dlu baru belajar. hehe.

RESIPI


cornflakes honey recipe..

2hari ayu siapkan cornflakes honey.. 1st nite bt 1box jer, then hari ni cntnue lg 3box.. actually cookies nih sgt famous, eceh! *sendri yg kate famous eh*... eh eh tp mmg btl pun, every ya yg dtg raya rumah ayu sure akn tercari cornflakes honey nih.. betul x tipu! lepas tuh dgn slumber nya hadap 1balang sorg2.. so setiap 1family yg dtg sure ayu kene refill lagi dan lagi *smpai stok kt dapur habis!* huhu.. tuh la mem besar *mak* nasihatkan kalau takat nk bt 1-2box baik x pyh bt.. org yg dtg kt rumah ni kalau sikit2 org x per. so ayu decide bt 4box yg saiz besar.. =))

disebabkan kwn2 fb yg agak ramai tnya resipi ni, so ayu publish sini saja, wif piccy yg ayu anggap korg blh faham, okei. =) *if x faham, juz buzz kt fb saja ek*

bahan2
- 125gm butter (iloveee buttercups)
- 250gm cornflakes (nestle cornflakes is better than kellog's cornflakes)
- 1/2 cup honey
- 1/2 cup sugar
- 1/2 teaspoon esen vanilla
- bijan/kacang (grg tnpa minyak dulu)
- paper cup (of cos!)
- cherry

STEP 1 : Mskkn gula + butter + esen vanilla didlm periuk.. kacau sehingga sebati - (cair)
STEP 2 : mcm gini ghupanya if dah sebati (mesti berbuih2!! ok).. then mskkn honey.. kacau sebati lg..
STEP 3 : okei, stlh dimskkn honey, warna tlh bertukar keperang2 an..
STEP 4 : setelah semua sebati masukkan bijan/ kacang
STEP 5 : last process.. masukkan cornflakes (sblm tu ramas2 sikit cornflakes).. cantik kan, warna mcm gold2.. mkn mcm ni pun sedaaaaap! yummeh!
nti mskkn cornflakes dlm paper cup comel2 okei, pastu letak cherry atas dia, biar naik seri sikit.. hehe!

lps tuh, bakar sikit dlm oven, sekejap jer, dlm 3minit.. SEBAB? utk cairkan honey then biar dia melekat sikit dlm papercup.. =) senang sgt2 kan.. cookies plg mudah! petik jari dh siap..


OK! JOM CLOSE UP SIKIT.. =)



eh, lupa pulak nk introduce assistant ayu.. sgt2 rajin, sume2 nak tolong.. tolong makan pun ya jugak.. ;p

*


*


*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

caaakkks! tekunnn kan kan.. =))



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...